Kerjaya Tora Sudiro

Ia pernah memenangi Piala Citra sebagai Pelakon Utama Terbaik dalam Festival Filem Indonesia (FFI) pada tahun 2004 melalui filem Arisan! yang dibintanginya bersama Surya Saputra, Cut Mini, Aida Nurmala dan Rachel Maryam.

Dalam filem tersebut Tora memegang watak sebagai lelaki Gay. Di dalam filem itu dia disuruh melakukan babak ciuman dengan Surya Saputra. Sebuah babak cium antara lelaki dan lelaki tercatat kali pertama dalam sejarah filem indonesia. Pada tahun 2005 dan 2006 ia memenangi Piala Panasonic Awards sebagai pelakon terfavorite.

Sebelum masuk ke dalam filem, Tora adalah seorang pekerja asuransi sound engineer dan periklanan. Bahkan ia pernah bersekolah di Selandia Baru untuk belajar ilmu Sound Engineer tersebut. Ia pun tidak punya latar belakang dalam filem. Kali pertama lakonannya dalam filem ialah filem Tragedi pada tahun 2001. Tapi filem arahan Rudy Soedjarwo itu belum cukup untuk menaikkan namanya. Namanya mula terkenal setelah berlakon dalam filem Arisan! Pada tahun 2003. Setelah itu, ia pun mendapat tawaran berlakon dalam sinetron. Orang pun akrab dengan wajahnya di acara komedi entertainment iaitu Extravanganza di sebuah stesen television sastra. Dari situlah masyarakat pengemar television mula mengenalinya.

Ketika ini Tora aktif sebagai pengacara Indonesia's Got Talent di indosiar. Selain menjadi pelakon, beliau juga berbakat menyanyi dan bermain gitar dan telah membentuk kumpulan yang diberi nama "The Cast" bersama dua bekas anggota clubeighties iaitu Deddy Machendra Desta dan Vincent Ryan Rompies serta meriliskan single berjudul Diet.